skip to main | skip to sidebar

TIME IS GOLD!

About me

My Photo
cikgu ita
Malaysia
teacher wanna be =)
View my complete profile

SISTERS

  • Perbaiki diri,serulah orang lain
    Hanya kepada Dia kesyukuran ini layak
    15 years ago
  • aku & hati....
  • aisyahumaira2009.blospot.com

THE BEST

  • http://zamanrasa.blogspot.com
  • http://aisyahumaira2009.blogspot.com
  • *echah
  • *apex
  • * Teacher Mashitah
  • * Kak Azza
  • * JPP_IPPM
  • * cikgu azman

CORETAN

  • ▼ 2011 (2)
    • ▼ September (1)
      • MaSih DAlaM MOOd Raya
    • ► March (1)
  • ► 2010 (2)
    • ► January (2)
  • ► 2009 (18)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► August (1)
    • ► April (6)
    • ► March (1)
    • ► February (4)
    • ► January (1)
  • ► 2008 (7)
    • ► November (3)
    • ► October (4)

MUSIC


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

JOM SEMBANG


ShoutMix chat widget

JOM SOLAT

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

TRAFFIK

Free Site Counters
Free Site Counters
the ups and downs in my life

MaSih DAlaM MOOd Raya

Wednesday, 7 September 2011

......setelah sekian lama saya tidak mencoret di ruangan ini...masih tidak terlambat jika ingin saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kawan2 semua...tahun ini sambutan hari raya sungguh meriah kerana kami adik-beradik dapat berkumpul semua..kak long yang telah lama berada diperantauan selama 7 tahun telah kembali ke semenanjung untuk berkhidmat di sini...

......di pagi 1 syawal kami sempat merakamkan memori bersama.....


.......kemeriah syawal tahun ni diteruskan dengan berkunjung ke rumah sanak saudara dan teman2...antara memori yang sempat dirakamkan....
.....keluarga kami yang besar....

...kunjungan ke rumah guru kima tersayang...

...bersama sahabat2 zaman sekolah...
...bersama rakan2 dihari terbuka di rumahku....

,.....terima kasih kepada semua yang berkunjung ke rumah terbuka ku...kehadiran kalian semua amat memeriahkan suasana....

....moga kita berjumpa lagi pada EDULFITRI yg akan datang.....

Posted by cikgu ita at 03:18 0 comments  

sepi bukan bermakna hilang....

Saturday, 5 March 2011

aku muncul kembali...
setelah lama diri ini menghilang...
diri ini terasa terpanggil untuk berblog kembali...
insyaallah selepas ini aku ku mengaktifkan diri yang sedia sibuk untuk berblog kembali...
diharap semua dapat memberikan kerjasama....

Posted by cikgu ita at 09:02 0 comments  

DIET OH DIET

Sunday, 17 January 2010

"betul ke aku ni diet???boleh ke aku ni tahan kalau tak makan nasi berbulan-bulan???tak makan sehari pun dah berkeroncong perut, inikan pula berbulan-bulan...."inilah kata hatiku sebelum aku mencuba program diet yang dicadangkan oleh kakakku...iaitu master clearance diet...ianya adalah satu kaedah untuk mengurangkan berat badan...caranya hanya mudah..iaitu anda hanya perlu makan hanya buah-buahan tipa-tiap hari dan minum air masak sahaja...jangan sesekali mengambil makanan lain selain daripada itu....tapi saya tidaklah 100% ikut kaedah ini...adakalanya saya juga mengambila roti dan oat untuk sebagai menu tambahan...saya juga melakuakan aktiviti seperti joging dan naik bukit pada setiap petang...saya berharap agar usaha saya ini berjaya,...kita sama tunggu hasilnnya ya,.....


jika dulu ini adalah antara menu saya, kini saya perlu lupakan menu ini seketika dan menggantikan nya dengan menu ini...




inilah menu makanan saya sekarang...dan perut saya pun sudah selesa dengan makanan ini...saya harap saya dapat tempuhi dugaan-dugaan di sekeliling dengan tabah..saya akan pastikan usaha saya ini membuahkan hasil...INSYAALLAH...daokan kejayaan saya semua ye..AMIN..

Posted by cikgu ita at 07:27 2 comments  

BERABAD LAMANYA

Thursday, 14 January 2010

salam readers....

Berabad sudah rasanya diri ini tidak mengepost sebarang entry di laman blog ini....ini adalah kerana kesibukan yang melanda diri ini....lantaran itu, diri ini tidak mempunyai kesempatan masa untuk membuat sebarang entry....maklumlah kita hanya insan biasa dan lemah...tetapi mungkin selepas ini saya akan aktif sedikit untuk mengepost entry2 yg best2...so nantikan kemunculan saya ye....heheheh..(mcm nk jual album la pulak)

Posted by cikgu ita at 07:10 0 comments  

BERTEMU DAN BERPISAH

Friday, 13 November 2009

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kau Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


Wah sedih pulak dengar lagu ni...lagu ni saya tujukan khas buat pensyarah saya yang akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat phD di USA. Tadi merupakan pertemuan kami yang terakhir sebelum belaiau berangkat pada hujung bulan 12 nanti. Sebelum menamatkan sesi kelas, kami sempat merakamkan memori bersama. Belaiau akan ke USA selama 4 tahun dan apabila pulang nanti kami semua insyaallah telah mendapat segulung ijazah...Jika pensyarah kami berjaya ke tahap itu, sesungguhnya saya pun menanam impian sepertinya. InsyaAllah. Sesungguhnya kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang diberikannya akan saya sematkan dihati sampai bila-bila. Sesungguhnya pertemuan yang singkat ini menyimpan seribu kenanangan
PN.NORYANI BT MD.YUSOF


memori yang sempat dirakam bersama

Kami doakan kejayaan cikgu...cikgu juga doakan kejayaan kami..ALL DA BEST PN. NORYANI...




Posted by cikgu ita at 04:41 1 comments  

Hujung Mingguku

Monday, 19 October 2009

hari sabtu dan ahad yang lepas saya telah menghabiskan masa keluar "outing" bersama rakan-rakan ke jj...wah sungguh memenatkan dan amat menghiburkan...kali ini dapat lagi saya menikmati keenakan nasi goreng pataya daging masak merah...


nasi gorng pataya dgg msk merah vs claypot nasi ayam..

dah penat jalan2 di jusco kami meneruskan perjalanan ke melaka mall....

makan lagi

nti lau sape2 nk join kami hujung mgu....meh la ikut...... kami bertiga

Posted by cikgu ita at 03:47 0 comments  

Ayah

Tuesday, 6 October 2009

kenangan bersama

Kutancap tajam wajahmu.
Menyelinap segenap dahi,
hingga menerobos sendi urat.
Kutemu luas amal akhirat,
ilmu dunia sebagai keringat.

Terkesima! Rupanya,
tiada garis-garis benci,
atau serpihan jalur keji.

Kujalar ke bawah lagi.

Oh, ternyata!
Kedut tuamu di sudut mata.
Petanda Ayah senantiasa ceria.
Kau, insan pemurah senyuman,
cantik sungguh rekaan Tuhan,
kan?

selamat hari lahir yang ke 49(5.10.1960) untuk ayah...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..anakmu ini sangat merinduimu...sesungguhnya pengorbananmu membesarkanku tidak mampu ku balas....hanya iringan doa khas buatmu AYAH....



Posted by cikgu ita at 04:22 0 comments  

Makan & Teater

Saturday, 3 October 2009

semalam adalah hari yang memenatkan fan menyeronokkan.ini kerana ada dua perkara yang berlaku semalam. pertamanya saya dan rakan-rakan kelasa yang lain telah dijemput ke rumah terbuka pensyarah (en.azman rahmat) yang terletak di alor gajah. perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam dr mc ke bandar alor gajah tidak begitu memenatkan kerana hujan turun pada pagi tersebut membuatkan keadaan di dalam bas tidak begitu menghangatkan. sampai di bandar alor gajah, kami terpaksa menaiki teksi untuk ke rumah cikgu. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi. nasib baik pak cik teksi tersebut bermurah hati untuk menghantar kami terus ke rumah cikgu. sampai je kat anak tangga rumah cikgu, perut sudah mula berkeroncong minta di isi. apa lagi naik je rumah, salam-salam dengan tuan rumah terus buat macam rumah sendiri le..huhuhu..jangan marah ye cikgu..kami nak makan semua yang ada..terima kasih cikgu untuk biskut, popia, nasi minyak, mee udang, nasi himpit, kuah kacang dan rendang..sangat best..saya makan semua..kenyang tak boleh nak cerita...adoiii..makan tak ingat dunia..dah kenyang time untuk ambil gambar la pulak..antara aksi yang semnpat dirakam... muka2 ceria lepas kekenyangan kat tangga pun boleh posing jugak posing ngan cikgu lah pulak

dah habis bergambar, paham2 lah sendiri..kami tinggalkan rumah cikgu pada jam 3 petang..
sampai di mc jam 4 petang..dah kuar ni saya ambil kesempatan untuk beli barang keperluan sedikit di mydin..saya dan rakan terpaksa bergegas balik ke kampus kerana pada jam 7.30 kami ndi jemput untuk menyaksikan teater di panggung seri, taman budaya ayer keroh melaka..

jom kita tengok teater plak...
tahniah kepada semua orang yang terlibat dalam menjayakan teater monodrama 'rebab berbisik' dan teater mini 15 minit 'bidan ketujuh' yang sangat best...fist time tengok teater saya sangat kagum dengan pementasaan yang telah dibuat. masih ada lagi insan yang sedar akan pentingnya mewarisi budaya melayu seperti mak yong...
pelakon dan pemuzik

hari yang sungguh memenatkan tetapi menyeronokkan...

Posted by cikgu ita at 21:16 1 comments  

Jika diberi kesempatan...

Friday, 2 October 2009

malam ni saya telah diberi kesempatan oleh yang maha esa untuk mencoret sesuatu setelah sekian lama tidak berkongsi sesuatu yang baru di halaman blog ini. maaf di pohon atas pengabaian yang telah dibuat ke ats blog ini setelah sekian lama...asingment yang bertimbun-timbun minta dibereskan..malam ni setelah semuanya selesai dapat juga saya mencoret sesuatu. insyaAllah selepas ini saya akan kembali aktif untuk memblog.

Posted by cikgu ita at 07:53 1 comments  

Sibuk!

Wednesday, 19 August 2009

Sejuta kemaafan di pohon kerana telah begitu lama mengabaikan blog ini. Saya sekarang tengah sibuk dengan pra-praktikal di sekolah. Sebuah sekolah kanak-kanak khas dekat Kelantan. InsyaAllah, bila berkesempatan, saya akan update ttg itu nanti.

Mungkin tidak terlalu awal jika saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Mulia, Ramadhan' kepada semua bloggers dan kawan2 di luar sana. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan utk kita semua. InsyaAllah.

Salam sayang dari saya.

Posted by cikgu ita at 12:49 0 comments  

Labels: uncatogerized

Hes Just Not That Into You ;)

Monday, 27 April 2009


Weekend itu best....kak ngah saya belanja tengk wayang dekat DP. Hes Just Not That Into You...Komedi romantik...agak mengantok ketika masa tengok movie tu...tp nsib baik movie tu best..hehehe



Movie ni pasal tanda2 yang diberikan oleh lelaki...dan assumptions dari perempuan....tak semestinya lelaki itu suka kita, dia lah cinta hati kita....jadi, janganlah terlalu cepat membuat assumption sendiri...

Ok, itu sahaja untuk weekend ini. Next week saya akan pulang ke kampung halaman menemui keluarga dan org tersayang...jumpa lagi..

salam ;)

Posted by cikgu ita at 07:13 1 comments  

Labels: activities

KURSUS BIRO TATA NEGARA

Friday, 24 April 2009

setelah 3 hari 3 malam berada di Taman Negeri Endau Rompin, untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak Biro Tata Negara, akhirnya saya dan rakan-rakan jpp yang lain selamat tiba di maktab. Kami tiba di sana pada jam 11.3o malam pada hari selasa. Dalam keadaan yang kepenatan kami dikehendaki mendirikan khemah untuk tidur.Keesokan harinya kami bangun pada jam 5.00 pagi. setelah solat subuh dan senaman tazkirah, kami dikehendaki menyediakan sarapan pagi.
jom kita masak

nak masak pun sempat posing

pada hari khamis aktiviti yang sangat menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi.kami perlu berakit dari pukul 8 pagi hingga 3 petang secara menongkah arus. aktiviti ini sangat mengajar saya erti kesabaran dan kekuatan. untuk sampai ke destinasi kita perlu berusaha secara gigih dan tekun untuk memastikan kejayaan milik kita.


kumpulan 4 yang hebat

walaupun penat tapi sempat lagi berposing

saya tak akan lupakan apa yang saya dapat pada kursus kali ini. saya rasa cukup untuk kali ini...mata pn dah mengantuk...tapi tengoklah dulu gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.


macam askar lah pulak

saya dan roomate

we are the best

peserta kursus bersama urusetia dan pensyarah

kursus yang bagus untuk pelajar dan mahasisea ini perlu diteruskan....





Posted by cikgu ita at 07:02 5 comments  

kawan - kawan...

Monday, 20 April 2009

Hari ni rasa macam nak tulis pasal kawan-kawan la plak..teringat kat kawan-kawan masa kat sekolah rendah n menengah dulu.Kawan-kawan kat maktab ni yang sangat baik...
temah..
idah..
ecah..
huda..
tikah..
imah..
naa..
miah..
irah..
dila..
husni..
min..
sheira..
anis..
yati..
moo..
tini...
meah..
tia..
korang semua memang best...
terima kasih kerana sambut bufday saya hari tu....walaupun dah tak suprise tapi best...
sayang kamu semua

the best classmate
all of us

Posted by cikgu ita at 20:14 1 comments  

Dia temanku...

Thursday, 16 April 2009

Dia temanku
Walaupun dia garang, tapi dia temanku...
Depan aku dia selalu kutuk aku...
Tapi aku tahu dia sayang aku..
Sebab itulah aku selalu anggap dia teman istimewaku..
Dia selalu masak untuk aku time aku pergi rumah dia...
sebab itulah dia teman aku yang paling baik...
Aku selalu cerita masalah pada dia...
Sebab dia teman aku...
Dia adalah rakan ku...
Walau apa pun yang terjadi dia btetap kawan dan kakak ku yang terbaik...
Sayang kamu...

Posted by cikgu ita at 03:14 3 comments  

Jalan-jalan.

Tuesday, 14 April 2009

Hari minggu, saya ke rumah kak ngah saya...ahadnya kitrg keluar...jalan-jalan cari hadiah, cari makan, window shopping dan cuci mata.

kitorang ke JJ. Mula2 nak ke Mydin yang baru buka kat Mitc tu, tapi kak ngan saya tak nak....so kitrg ke JJ Ayer keroh. Saya sangat gembira sebab dapat jalan2 semahu-mahunya ;P

lgpon dah lama tak sister day out dgn kak ngah ;)

Klik di sini untk cerita dari kak ngah saya.

Ok, mari tgk gmbar lah. Malas nak taip panjang2. Mata dah mengantok....internet slow.

(cilok gambar dari blog kak ngah)







Ok, jumpa lg....assalamualaikum.

Posted by cikgu ita at 11:33 3 comments  

Labels: sisters

umur dah 20 tahun

Friday, 10 April 2009

hari ini umur saya dah 20 tahun 1 hari...semalam bufday saya yang ke 20...hari ni saya dah umur 20 tahun 1 hari...masih muda lagi...teme kasih pada kawan - kawan yang sambut bufday saya kat tesco walaupun awal sehari...saya amat hargainya...sayang kalian sume...walaupun kali ni di sambut dengan kawan yang tak cukup korum, tapi mereka tidak melupakan saya...saya amat hargai jasa kalian...saya sayang kamu semua... bersama teman


terima kasih semua....sayang korang semua....

Posted by cikgu ita at 22:11 2 comments  

majlis pentauliahan jpp

Friday, 13 March 2009

walaupun dah lame lepas majlis ni, tapi ni baru saya ada kesempatan untuk menceritakan tentangnya kepada kalian semua...majilis ni diadakana pada 6 mac sehari selepas saya pulang dari BIG...sungguh gembira kerana dah diiktiraf sebagai jpp institut pendidikan guru malaysia kampus perempuan melayu(IPGM KPM)...antara memori yang sempat di rakam pada hari tersebut.. the banner say cheese

bersama mantan ydp kamilah pembela nusa dan bangsa

semua berasa bangga pada hari itu...kami semua telah berikrar akan memartabatkan maruah ipgm kpm supaya gah di mata semua....hidup jpp ipgm kpm...

Posted by cikgu ita at 01:39 0 comments  

HOTEL BAYVIEW

Sunday, 22 February 2009

saya telah ditugaskan untuk membuat survey beberapa buah hotel untuk mengadakan majlis perlantikan jpp bagi ninstitut saya..pada hari jumaat lepas saya dan kawan telah ke hotel bayview..saya bertemu dengan miss joyce lim, sales manager hotel tersebut..setelah berbincang dengan beliau beberapa oerkara, saya dan kawan meminta diri untuk pulang...sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar di hotel tersebut...
di depan kaunter hotel



berdepan dengan oax
setelah habis berposing jom kita balik......daaaa

Posted by cikgu ita at 22:13 1 comments  

fren day out...

Wednesday, 18 February 2009

semalam teman mengajak saya untuk menemaninya ke dataran pahlawan dan mahkota parade untuk membeli kasut kuliah...saya telah mempromosikannya tentang kasut kat kedai red modani...dapat half harga je....so ape lg...borong sakan lah kami....seorang beli dua pasang kasut...


sempat berposing ngan idah depan padini & co




posing ngan na depan vincci
lepas seharian penat shopping dengan mereka semua, pada pukul 5.00 petang kami berangkat pulang ke maktab...semua agak kepenatan....tapi best sangat dapat pergi shopping...

Posted by cikgu ita at 19:20 2 comments  

happy birthday to you

Monday, 16 February 2009

happy birthday to you...
happy birthday to you...
happy birthday to yah....
happy birthday to you...

hari ini adalah birthday kawan saya....noor hidayah bt abu hayam yang berada di uitm shah alam...malam tadi saya dah wish kat dia...hadiah on saya dah bagi kt dia msasa saya pergi ke shah alam 2 minggu lepas....walaupun dah lama saya bg hadiah 2 tp saya mengharamlkannya membuka hadiah itu...
(birthday girl)

saya harap dayah akan panjang umur dan murah rezeki...umur dah meninggkat...ble lg nak cari boyfriend....huhuhu...saya juga berharap agar hubungan kami akan kekal sampai bila-bila...


(saya n hidayah)

Posted by cikgu ita at 18:13 3 comments  

Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License